Resipi Mak

Rendang Berempah
 
Bahan-Bahan
  • 6 sudu besar minyak sapi
  • 500 ml Santan M&S
  • 3 keping asam gelugur
  • 2 helai daun kunyit, disimpulkan
  • 1kg dada ayam, dikiub 3cm
  • 3 sudu besar kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan Rempah
  • 1½ sudu besar jintan putih
  • 3 sudu besar jintan manis
  • 3 sudu besar ketumbar
Bahan A
  • 12 biji bawang merah
  • 6cm lengkuas
  • 6cm halia
  • 3 batang serai
  • 3cm kunyit
  • 22-30 tangkai cili kering, dipotong dan direbus lembut
Bahan Rempah Tumis
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 8 biji bunga cengkih
  • 8 biji buah pelaga
Cara Penyediaan
1
Sangai bahan rempah sehingga wangi.
2
Angkat dan tumbuk sehingga halus.
3
Tumbuk bahan A sehingga halus.
4
Panaskan minyak sapi.
5
Tumis bahan rempah tumis.
6
Masukkan bahan A.
7
Masukkan bahan rempah. Kacau sehingga naik minyak.
8
Tuangkan Santan M&S.
9
Masukkan asam gelugur.
10
Masukkan daun kunyit.
11
Masukkan ayam. Masak sehingga mendidih.
12
Masukkan kerisik.
13
Masukkan garam dan gula.Masak sehingga pekat.
Saiz Hidangan : 12 orang