Resipi Mak

Kuih Talam Seri Muka
 
Bahan-Bahan
A. Lapisan Beras Pulut
  • 600 ml M&S santan
  • 500 gm beras pulut (direndam semalaman & ditapis)
  • 1 1⁄2 tspn gula
B. Lapisan Pandan
  • 4 biji telur
  • 250 gm gula kastor
  • 150 gm tepung kastad
  • 600 ml M&S Santan
  • 6 daun pandan (direbus dengan 100ml air, kisar, dan tapis untuk mendapatkan jusnya)
  • 1 sudu teh pewarna hijau pandan
Cara Penyediaan
1
Campurkan beras pulut, garam, dan santan M&S. Tuang ke dalam talam.
2
Kukus selama 25 minit.
3
Sementara menunggu, campurkan telur, gula kastor, tepung kastad, santan M&S, pati pandan, dan pewarna hijau.
4
Setelah lapisan beras pulut masak, keluarkan dan tekan-tekan untuk memampatkannya,
5
Masukkan campuran pandan tadi ke atas lapisan beras pulut, kukus dengan api perlahan selama 30-40 minit sehingga lapisannya masak.
6
Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum memotong untuk dihidang.
Hidangan : 8 - 10 Orang