Mak vs Sofia

Talam Klasik ala Mak Leha atau Talam Fusion ala Sofia?
Kuih talam memang kegemaran ramai. Selain enak, ianya juga cantik dihidang dan dinikmati bersama. Kuih talam klasik memang biasa kita lihat, tapi macamana pula dengan resipi talam fusion? Haa..lihat saja gaya kedua anak-beranak ini dalam menyediakan pelbagai resipi talam. Yang mana satu pilihan anda?
Rendang Klasik vs Rendang Fusion,
mana satu pilihan anda?
Resipi klasik sentiasa menjadi pilihan ramai. Tetapi, ada juga yang meminati rasa klasik dengan gaya baru. Inilah yang menjadikan Mak Leha dan Sofia selalu ‘berperang resipi’ . Anda pula bagaimana? Suka gaya tradisional atau gemar mencuba cara moden dalam memasak? Apa-apa pun, Mak dan Sofia kongsikan di sini pelbagai resipi rendang gaya klasik dan moden untuk anda mencuba sendiri!
Roti Santan M&S gaya Sofia atau Mak Leha?

Haa..ini memang original dari dapur Mak Leha dan Sofia. Resipi istimewa Roti Santan M&S ini ada macam-macam gaya yang boleh disediakan. Doh juga ada piihan, nak Gaya Sofia atau Gaya Mak Leha?

Roti Santan M&S ini juga boleh dimakan dengan pelbagai jenis sos pencicah. Enak dihidangkan sebagai sarapan pagi, mahupun pada bila-bila masa saja. Pilih je mana yang berkenan!

Biskut raya Klasik atau Moden?

Pelbagai insipirasi biskut raya boleh didapati dari dapur Mak dan Sofia apabila dua beranak ini berlumba-lumba menyediakan kuih raya kali ini. Dari biskut klasik semperit hinggalah ke resipi bangkit moden yang menjadi kegemaran ramai masa kini iaitu biskut bangkit keju.

Jom lihat resipi biskut siapa yang menjadi inspirasi anda!