Resipi Mak

Nasi Ambeng
 
i. MASAK LEMAK CILI PADI AYAM
Bahan-Bahan
  • 500g kepingan ayam
  • 200ml Santan Kelapa M&S
  • 200ml air
  • 1 helai daun kunyit, disimpulkan
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan Tumbuk
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji cili merah
  • 4-5 biji cili padi
  • 2cm kunyit
  • 1 batang serai
ii. SAMBAL GORENG
Bahan-Bahan
  • 3 sudu besar minyak
  • 2 sudu besar pes cili, dicampur ¼ cawan air
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 keping tempe, dipotong 3 cm & goreng
  • 1 keping tauhu, dipotong 3 cm & goreng
  • 1 biji ubi kentang, dipotong 3 cm & goreng
  • 4 batang kacang panjang, dipotong 1 inci
  • 20g campuran suun dan fucuk, direndam dan dipotong
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan Hiris
  • 1 labu bawang besar, dihiris
  • 3 ulas bawang putih, dihiris
iii. IKAN GORENG BEREMPAH
Bahan-Bahan
  • 4 ekor ikan kembung atau selar
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 biji telur, dipukul sedikit
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
  • ½ cawan Santan Kelapa M&S
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
Bahan Tumbuk
  • 1 batang serai
  • 2 biji buah keras
  • 3 biji cili merah
  • ½ inci halia
  • ½ inci lengkuas
iv. WANTAN UDANG
Bahan-Bahan
  • 25 keping kulit wantan
  • 9-10 tangkai kucai, dicelur sedikit
  • Minyak untuk menggoreng
Bahan Inti
  • 150g isi udang, dicincang halus
  • 5 biji sengkuang Cina, dicincang halus
  • 2 sudu besar daun bawang cincang
  • 1 sudu kecil bawang putih cincang
Bahan Perasa
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • Gula dan serbuk lada sulah secukup rasa
i. MASAK LEMAK CILI PADI AYAM
Cara Penyediaan
1
Potong bawang, cili merah, cili padi, kunyit dan serai.
2
Tumbuk semua bahan sehingga lumat.
3
Masukkan santan dan air ke dalam periuk.
4
Masukkan bahan tumbuk, daun kunyit dan ayam. Masak sehingga mendidih.
5
Tambah asam gelugur, garam dan gula.
5
Masak sehingga mendidih. Hidangkan dengan nasi putih, poppadum, telur masin dan ikan masin.
ii. SAMBAL GORENG
Cara Penyediaan
1
Panaskan minyak, tumis bahan hiris sehingga keemasan.
2
Masukkan pes cili, kicap dan sos tomato.
3
Apabila mendidih, masukkan semua bahan lain.
4
Kacau rata kemudian hidangkan.
iii. IKAN GORENG BEREMPAH
Cara Penyediaan
1
Tumbuk serai, buah keras, cili merah, halia dan lengkuas.
2
Letak campuran serai ke dalam mangkuk.
3
Tambah santan, serbuk jintan manis dan serbuk ketumbar.
4
Campurkan tepung beras dan garam.
5
Perap ikan dengan campuran rempah selama 1 jam.
6
Asingkan bahan perap dengan ikan.
7
Celup ikan di dalam telur.
8
Goreng di dalam minyak panas sehingga keperangan. Hidangkan.
iv. WANTAN UDANG
Cara Penyediaan
1
Untuk inti: Gaul semua bahan dengan bahan perasa.
2
Sudukan inti ke atas kulit wantan, basahkan sekelilingnya dengan air.
3
Tangkupkan ke tengah seperti bungkusan. Ikat dengan kucai.
4
Goreng di dalam minyak sehingga keemasan.
5
Angkat dan toskan.