Resipi Sofia

Pizza Rendang Berempah
 
Bahan-Bahan
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 1 labu bawang besar Holland, didadu 1cm
  • ½ biji cili benggala hijau, didadu 1cm
  • 1 biji tomato, didadu 1cm
  • 1 keping doh pizza (berukuran 23cm)
  • 200g *Rendang Berempah (rujuk kepada resipi Rendang Berempah)
  • 6 biji zaitun hitam, dibelah 2
  • 80g parutan keju Mozarella
  • Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Bahan Sos
  • 80ml sos tomato
  • 1 sudu besar puri tomato
Cara Membuat
1
Untuk sos: Masukkan sos tomato ke dalam periuk.
2
Tambah puri tomato. Masak sehingga mendidih.
3
Panaskan minyak zaitun.
4
Masukkan bawang besar.
5
Masukkan cili benggala hijau.
6
Masukkan tomato.
7
Tambah garam dan serbuk lada hitam. Angkat.
8
Letak doh pizza di atas tin pembakar.
9
Sapukan sedikit minyak zaitun di sekelilingnya.
10
Sapukan bahan sos ke atas doh pizza.
11
Taburkan campuran bawang.
12
Sudukan Rendang Berempah.
13
Taburkan zaitun hitam.
14
Taburkan keju.
15
Bakar pada 200°C selama 20-25 minit.