Resipi Sofia

Kuih Talam Teh Tarik
 
Bahan-Bahan
  • 1 sudu besar serbuk atau daun teh
  • 60ml air panas
  • 2 sudu kecil susu manis
  • 440ml M&S Santan
  • 85g tepung beras
  • 30g tepung serbaguna
  • 50g gula kastor sedikit garam
Cara Penyediaan
1
Campurkan daun teh bersama air panas dan biar sebentar.
2
Campurkan susu manis dan tapis campuran teh.
3
Campurkan tepung beras, tepung serbaguna, gula kastor, garam, dan santan M&S. Gaul sebati dan tapis ke dalam mangkuk.
4
Campurkan bersama campuran the dan gaul sebati.
5
Masukkan campuran ke dalam cawan.
6
Kukus selama 5-8 minit sehingga masak.
7
Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dihidang bersama krim putar jika mahu.
Hidangan : 5 Orang