Resipi Sofia

Kluster Pelangi
 
Bahan-Bahan
  • 1/2 cawan kelapa parut kering
  • 1 cawan buah kurma, dibuang biji dan dicincang
  • 1/2 cawan aprikot kering yang dicincang
  • 1/2 cawan campuran kulit buah-buahan dicincang
  • 1 cawan kismis hitam, dicincang
  • 1 1/2 cawan keping jagung, dihancurkan
  • 1 cawan walnut, dicincang
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4-5 biji ceri merah, dipotong kecil-kecil
  • 4-5 biji ceri hijau, dipotong kecil-kecil
  • 200ml M&S Santan Kelapa Asli bersama 1/4 cawan gula halus, dididih atas api yang sederhana sampai pekat
Cara Penyediaan
1
Dalam mangkuk yang besar, campurkan semua bahan kecuali santan dan ceri-ceri
2
Tambahkan M&S Santan Kelapa Asli dan gaul rata-rata
3
Bubuhkan sedikit campuran tadi ke dalam cawan-cawan kertas yang kecil, taburkan sedikit kelapa parut kering dan hias dengan ceri merah dan hijau
4
Bakar di dalam ketuhar yang dipanaskan pada 175 celcius selama 10 minit. Keluarkan dan sejukkan.