1
|
Basuh beras, tos dan masukkan ke dalam periuk besar. Masukkan garam dan daun pandan. Campurkan 100ml Santan Kelapa M&S dengan air dan masukkan ke dalam beras. Masak sehingga hampir masak. Tambahkan 100ml Santan Kelapa M&S, kecilkan api dan biarkan sehingga masak.
|
2
|
Panaskan minyak masak dan goreng ikan bilis sehingga perang keemasan. Keluar dan ketepikan. Gunakan lebihan minyak untuk menumis bahan-bahan sambal yang ditumbuk sehingga naik bau. Masukkan bawang dan kacau rata. Campurkan jus asam jawa, gula dan garam. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata.
|
3
|
Hidangkan bersama telur rebus yang dibelah dua, timun dan kacang.
|
Mak vs Sofia