Resipi Mak

Murukku
 
Bahan-Bahan
  • 200g tepung kacang kuda
  • 115g tepung beras
  • ½ sudu besar serbuk cili
  • ½ sudu besar jemuju, disangai dan ditumbuk
  • 1 sudu besar marjerin
  • ¼ cawan Santan M&S
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • 4-5 tangkai daun kari
  • Minyak untuk menggoreng
Cara Penyediaan
1
Satukan tepung kacang kuda, tepung beras, serbuk cili, jemuju dan garam.
2
Campurkan marjerin, santan dan air.
3
Uli menjadi doh.
4
Masukkan doh ke dalam acuan murukku.
5
Tekan ke atas daun pisang yang dilengser minyak.
6
Masukkan ke dalam minyak panas.
7
Goreng sehingga keemasan dan taburkan daun kari kemudian angkat dan hidangkan.