Resipi Mak

Kuih Bakul Goreng M&S Santan Kelapa
 
Bahan-Bahan
  • 10 keping kuih bakul
  • 10 keping keladi
  • 10 keping keledek oren
Bahan Bater
  • 80g tepung serbaguna
  • 50g tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 60ml Santan M&S
  • 170-180ml air
  • Minyak untuk menggoreng
Cara Penyediaan
1
Satukan tepung serbaguna, tepung beras, tepung jagung dan garam.
2
Masukkan telur, Santan M&S dan air. Kacau rata.
3
Letak kuih bakul di antara keladi dan keledek.
4
Celup di dalam adunan.
5
Goreng di dalam minyak panas sehingga keemasan.