Resipi Mak

Rendang Pahang (Opor)
 
Bahan-Bahan
  • ¾ cawan minyak
  • 60g rempah opor, dicampur air menjadi pes
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 500 ml Santan M&S
  • 5 sudu besar kerisik
  • 3 keping asam gelugur
  • 1½ kg udang harimau, dibuang kepala
  • 3-4 sudu besar gula merah
  • Garam secukup rasa
Bahan A
  • 3 labu bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 15-18 tangkai cili kering, direbus lembut
  • 3 batang serai
  • 3 cm lengkuas
Cara Penyediaan
1
Tumbuk Bahan A sehingga halus.
2
Panaskan minyak.
3
Tumis bahan kisar, rempah opor, kulit kayu manis, pelaga dan bunga lawang.
4
Bila wangi, masukkan Santan M&S.
5
Masukkan kerisik.
6
Masukkan asam gelugur. Masak sehingga naik minyak dan pekat.
7
Masukkan udang.
8
Masukkan gula merah dan garam.
9
Kacau sehingga udang masak.
Saiz Hidangan : 10 orang