Resipi Mak

Kuih Siput
 
Bahan-Bahan
  • 600 gm tepung gandum
  • 2 sudu kecil garam
  • 160 gm marjerin
  • 20 gm lemak sayuran
  • 1 biji telur
  • 100 ml Santan Kelapa M&S
  • 100-110 ml air
  • Minyak masak
Cara Penyediaan
1
Ayak tepung bersama garam.
2
Gaulkan marjerin dan lemak sayuran dengan tepung.
3
Bila sebati, masukkan telur dan sedikit demi sedikit santan serta air.
4
Uli menjadi doh yang lembut.
5
Ambil sedikit, tekan di atas acuan hingga nipis.
6
Kemudian gulung seperti menjadi bentuk siput.
7
Goreng di dalam minyak panas hingga keemasan.
8
Angkat dan sejatkan. Bila sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.