Resipi Sofia

Roti Santan M&S Krispi
 
Bahan-Bahan
A. Roti Santan M&S Gaya Sofia
  • Santan M&S secukupnya
  • 2 keping roti canai frozen
  • Sedikit minyak
B. Roti Santan M&S Krispi dengan Sos Avocado
  • ½ cawan serbuk roti
  • ½ cawan kelapa parut kering
  • 4 keping roti, dipotong jejari 1 inci
  • 1 biji telur, dipukul
  • Minyak untuk menggoreng
Bahan Sos Avocado
  • 2 biji avocado
  • ½ cawan daun ketumbar
  • 3 sudu besar jus limau nipis
  • 1 biji cili hijau, dibuang biji dan cincang
  • 2-3 sudu besar air
  • Garam secukup rasa
Cara Penyediaan
A. Roti Santan M&S Gaya Sofia
1
Tuangkan santan ke dalam mangkuk.
2
Celup sekeping roti canai dan balik-balikkan supaya santan rata.
3
Masak roti canai di dalam kuali yang dilengser minyak sehingga garing.
4
Terbalikkan dan masak lagi.
5
Apabila keperangan, angkat.
B. Roti Santan M&S Krispi dengan Sos Avocado
1
Campurkan serbuk roti dan kelapa parut.
2
Celup roti dengan telur.
3
Salut roti dengan campuran kelapa.
4
Goreng di dalam minyak panas sehingga garing.
5
Untuk sos, belah 2 avocado dan buangkan bijinya.
6
Korek isi avocado dengan sudu. Masukkan ke dalam pengisar.
7
Masukkan semua bahan sos. Kisar sehingga sebati.
8
Hidangkan roti dengan sos avocado sebagai pencicah.
Petua:
Simpan dalam bekas bertutup dan letak biji di tengah sos. Letak di dalam peti sejuk. Sos tahan sehingga 4 hari.