Resipi Sofia

Sushi Rendang Tok
 
Bahan-Bahan
  • 185g beras sushi, dibersihkan
  • 430 ml air
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu kecil mayonis
  • 1 sudu kecil gula halus
  • 5 keping nori
  • 1 biji timun Jepun, dipotong 1cm memanjang
  • 1 biji lobak merah, dipotong 1cm dan dicelur
  • 2 biji telur, dibuat dadar dan dipotong 1cm memanjang
  • 300g *Rendang Tok (rujuk kepada resipi Rendang Tok)
  • Garam secukup rasa
Cara Penyediaan
1
Masukkan beras ke dalam periuk.
2
Tambah air.
3
Masak sehingga kering airnya, tutup sebentar.
4
Isikan nasi suam ke dalam mangkuk. Masukkan cuka.
5
Masukkan mayonis.
6
Masukkan gula dan garam. Gaul sebati dan biar sejuk.
7
Letak sekeping nori di atas tikar sushi.
8
Ratakan sedikit nasi di atas nori.
9
Letak timun.
10
Letak lobak merah.
11
Letak telur dadar.
12
Sudukan Rendang Tok di atasnya.
13
Basahkan hujung nori.
14
Kemudian gulung kemas.
15
Potong dan sajikan.