Resipi Sofia

Bebola Daging Masak Kari Hijau
 
Bahan-Bahan
  • 400g ayam dada, dikisar
  • 1 bawang besar, dipotong
  • 1 cawan atau 75g serbuk roti
  • 1 telur
  • 3 tangkai daun ketumbar, dipotong halus
  • 1 sudu besar pes kari hijau
  • 3 sudu besar kari hijau Thai
  • 250ml Santan Kelapa M&S Lemak Dikurangkan
  • 100ml air
  • 1½ sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • 4 daun limau purut, dihiris Minyak masak
  • Lada, secukup rasa
  • Garam, secukup rasa
Cara Penyediaan
1
Campurkan ayam, bawang, daun ketumbar, serbuk roti, telur, pes kari hijau, garam dan lada. Gaulkan sehingga sebati dan uli menjadi bebola.
2
Panaskan minyak masak dan goreng bebola di atas api sederhana sehingga masak. Ketepikan.
3
Masukkan pes kari hijau Thai ke dalam kuali, masak selama 1 minit. Campurkan air, sos ikan, gula, Santan Kelapa M&S Lemak Dikurangkan dan jus limau nipis. Padamkan api sebaik sahaja ia menjadi panas (jangan mendidih). Masukkan daun limau purut. Kacau dengan baik.
4
Tuangkan sos kari ke atas bebola.