Resipi Sofia

Roti Santan M&S Bersama Sos Coklat
 
Bahan-Bahan
 
i. Roti Santan M&S Gaya Sofia
  • Santan M&S secukupnya
  • 2 keping roti canai frozen
  • Sedikit minyak
 
ii. Sos Coklat
  • 100ml krim putar
  • 100ml susu segar
  • 200g coklat masakan, dicincang
  • 3 sudu besar sirap kencana
  • Aiskrim vanila, buah-buahan (hidangan)
Cara Penyediaan
 
i. Roti Santan M&S Gaya Sofia
1
Lengserkan minyak di dalam pan.
2
Masak roti canai di dalam pan yang dilengser minyak.
3
Tuangkan Santan Kelapa M&S ke atas roti canai frozen.
4
Terbalikkan dan masak sehingga garing.
5
Ulangi langkah yang sama untuk sebelah bawah.
6
Apabila keperangan, angkat.
 
ii. Sos Coklat
1
Panaskan krim dan susu di atas api perlahan.
2
Apabila mulai mendidih, angkat.
3
Tuangkan campuran susu ke dalam coklat masakan.
4
Kacau sehingga coklat cair.
5
Masukkan sirap kencana dan kacau sebati.