Resipi Sofia

Roti Santan M&S Ala Amerika
 
Bahan-Bahan
A. Roti Santan M&S Gaya Sofia
  • Santan M&S secukupnya
  • 2 keping roti canai frozen
  • Sedikit minyak
B. Roti Santan M&S ala Amerika
  • 2 keping Roti Santan M&S
  • 1 cawan kacang panggang
  • 2 biji telur
  • 6 keping bacon lembu
  • 1 biji tomato, dibelah
  • 2 Minyak secukupnya
  • Serbuk lada hitam (hidangan)
Cara Penyediaan
A. Roti Santan M&S Gaya Sofia
1
Tuangkan santan ke dalam mangkuk.
2
Celup sekeping roti canai dan balik-balikkan supaya santan rata.
3
Masak roti canai di dalam kuali yang dilengser minyak sehingga garing.
4
Terbalikkan dan masak lagi.
5
Apabila keperangan, angkat.
B. Roti Santan M&S ala Amerika
1
Panaskan minyak, goreng telur mata. Angkat.
2
Goreng bacon lembu sehingga garing. Angkat.
3
Goreng tomato sehingga keperangan.
4
Hidangkan dengan Roti Santan M&S.