Resipi Sofia

Kuntuman Filo
 
Bahan-Bahan
  • 4 keping filo pastri
  • 2-3 sudu besar mentega cair
  • 150g salmon salai, dihiris halus
  • 6 biji ceri tomato, dibelah 4
  • ½ biji avokado, didadu 1cm
  • 1 sudu kecil jus lemon
  • Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
Bahan Sos Santan Herba
  • ¼ cawan krim keju
  • 2 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar Santan M&S
  • 1 sudu besar daun parsli cincang
  • 1 sudu kecil thyme cincang
  • Garam, serbuk lada hitam secukupnya
Cara Penyediaan
1
Gaul salmon, tomato, avokado dengan jus lemon, garam dan serbuk lada hitam.
2
Gunting setiap filo menjadi 12 kepingan empat segi.
3
Sapu sekeping filo dengan mentega cair.
4
Letak di dalam tin patty. Ulangi dengan 3 kepingan lagi.
5
Untuk sos santan herba: Pukul krim keju sehingga sebati.
6
Masukkan semua bahan, gaul rata.
7
Bahagikan inti ke dalam filo.
8
Letak sedikit sos ke atasnya.
9
Bakar pada 190°C selama 15 minit atau sehingga keemasan.
Hidangan : 6