1
|
Panaskan oven pada suhu 160’C. Sapukan tiga dulang pembakar bulat 7”, lapik dengan kertas pembakar.
|
2
|
Ayakkan tepung serbaguna & serbuk penaik, kemudian tambah garam, ketepikan.
|
3
|
Masukkan mentega, gula dan minyak sayuran ke dalam mangkuk adunan, pukul sehingga ringan & gebu.
|
4
|
Masukkan kuning telur satu demi satu, putar sampai sebati. Campur esen vanila selepas itu.
|
5
|
Perlahankan kelajuan mesin pemutar, masukkan 1/3 bahan ayak dan ½ Santan Kelapa M&S secara berselang-seli. (Mula & berakhir dengan bahan ayak). Putar sampai sebati.
|
6
|
Masukkan putih telur bersama krim tartar di dalam mangkuk adunan yang lain, pukul sehingga kembang.
|
7
|
Gaulkan 1/3 adunan telur putih setiap kali dengan adunan kek sampai sebati. Ulangi sehingga adunan telur putih habis.
|
8
|
Bahagikan adunan ke dalam 3 dulang pembakar secara sama rata. Bakar pada suhu 160C selama 25-30minit/ sehingga masak.
|
9
|
Keluarkan kek dari oven. Biarkan sejuk selama 10 minit di dalam dulang pembakar. Trim bahagian atas kek dengan sama rata selepas ia disejukkan sepenuhnya di atas redai.
|
1
|
Pukul krim keju sehingga lembut, masukkan mentega, pukul lagi sampai sebati.
|
2
|
Campurkan gula aising & ekstrak kelapa, pukul sehingga sebati.
|
1
|
Letak lapisan kek-1 di atas kek dulang, sapukan krim keju di permukaan kek, taburkan ketulan laici di atasnya. Ulangi proses yang sama untuk lapisan kek ke-2.
|
2
|
Letak lapisan kek ke-3 di bahagian atas. Sapukan krim keju di seluruh kek.
|
3
|
Akhir sekali, hiaskan seluruh kek dengan kelapa parut kering.
|
Mak vs Sofia