Resipi Mak

Doh Roti Santan Gaya Mak Leha
 
Bahan-Bahan
  • 250g tepung serbaguna, diayak
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • ½ biji telur
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 120-130ml air, dicampur garam
  • 3 sudu besar Santan M&S
  • Minyak, minyak sapi secukupnya
Cara Penyediaan
1
Gaul tepung dengan minyak sapi.
2
Masukkan telur, susu pekat dan air.
3
Gaul dan masukkan santan.
4
Uli menjadi doh yang lembut. Bentukkan menjadi bebola.
5
Lumurkan dengan minyak sapi. Titiskan minyak di atasnya.
6
Tutup dan biarkan selama 4 jam.
7
Canai doh di atas permukaan yang dilengser minyak sehingga nipis. Lipat menjadi empat segi.
8
Lengser kuali leper dengan marjerin dan panaskan.
9
Masukkan roti canai dan masak sebentar.
10
Terbalikkan dan curahkan santan.
11
Terbalikkan semula dan masak sehingga garing.
12
Curahkan santan kemudian terbalikkan lagi. Masak sehingga garing.