Mak vs Sofia

Perjalanan kulinari
dengan Mak & Sofia
Ikuti kisah menarik pasangan ibu dan anak ini ketika mereka saling cabar-mencabar sesama sendiri dalam seni memasak.
 
Mak Leha telah belajar daripada ibunya banyak resipi klasik yang memang digemari ramai dari dulu sampai kini. Dan Sofia yang sering mengubahsuai resipi ibunya dengan memperbaharui teknik dan mencuba bahan-bahan berlainan sambil mencipta resipi moden masa kini.
Mak Leha amat mahir dan berpengalaman luas dalam soal memasak. Mak Leha amat menggemari juadah klasik dan 'evergreen' yang digemari ramai seperti rendang atau masak lemak dan suka berkongsi resipi dan pengetahuannya di samping bertukar-tukar idea memasak dengan Sofia, anak gadisnya.
 
Meskipun Mak Leha memasak dengan resipi klasik namun dia juga berfikiran terbuka dan gemar memilih produk yang memudahkan proses memasak.
Gadis yang berusia 25 tahun ini memiliki keperibadian sopan dan menghormati budaya dan adat resam seperti ibunya, Mak Leha. Namun, dia juga kelakar dan suka mempelajari pelbagai perkara atau mendapat idea baru.
 
Berkelulusan bidang kulinari, dia sedang menjalani 'internship' di sebuah hotel lima bintang. Dia gemarkan cabaran dan amat teruja untuk mencuba resipi baru dan sentiasa mengubahsuai resipi mengikut trend dan selera 'fusion'.